Kali ni aku saja nak share dengan kenalan aku yang sorang ni. Tak nak dedahkan identiti sebenar takut nanti dia baca kang terguris hati. So ceritanya macam ni sebelum member aku kahwin memang diorg couple sejak zaman universiti lgi. Kalau hujung minggu ke ada class muka diorg ni jelah suka upload gambar dekat laman social terutama instagram (ig).24 hours berkepit senang cerita Lama jugak la diorg couple dekat 5 tahun mcmtu. Paling best ex-wife time birthday dia member aku ni bagi suprice. hadiah kereta sebiji kaw masa tu tak silap aku tahun 2011. ex-wife dia punya perasaan tu tak taw nak gambarkan. Happy la kan ofc perempuan. Aku yang tengok diorg ni pun sweet je cerita lebih kurang mcm hafiz mahamad dengan syafiqah aina. Lpstu tak lama kemudia diorg pulakk upload pic gi oversea sama2. perghhhh !! Aku sampai sekarang tak sure member aku ni kerja apa kaya betul semua yang gf dia nak semua dapat. hahaha bukan jealous ke hape no ok.
Tiba masanya dah sekian lama berkenalan. si ex wife nya ajak member aku ni dtg rumah parent diorg dekat subang jaya. Parent adik beradik ex wife member aku ni semua dah berkenan maka diorg putuskan untuk bertunang sekitar 2015. Masa diorg Bertunang pun majlis bukan biasa2 je grand2 buat dekat rumah tapi stail ala retis kahwin. Bajet tunang je dekat RM200 ribu. Diorg tunang cuma 8 bulan & dalam tempoh bertunang ni member aku ni ada problem. yelah kerja pun tak sampai 1 tahun tak sempat nak kumpul duit dah ajak tunang. time tu member aku cerita yang dia tengah buntu nak cari duit hantaran bagai sebab majlis kahwin pun dah nak dekat 2 bulan lagi. So kiteorg sebagai kawan pun simpati lah kan tambah lagi member nak kawen perlukan duit yang banyak so kita tolong menolong setakat mana yg boleh termampu untuk merealisasikan impian perkahwinan kawan aku sorang ni. Dalam diam member aku kahwin hutang dengan catering RM30,600 baju pengantin 3 majlis je dekat RM120,000.
Hujung oktober 2016 Alhamdulillah dengan sekali lafaz member aku dah bergelar suami dekat salah sebuah masjid di subang. Dengan mas kahwin RM300 hantaran RM37,931.08. kahwin sama tarikh dengan befday ex-wife masa tu. Lpas diorg nikah je esok majlis resepsi dekat sebuah hotel di KL. Majlis grand la jugak. siap jemput artis undangan Jamal Abdillah, M.nasir, Khai bahar. Rugi betul Aku tak pergi time majlis belah ex-wife member aku ni sebab kena kerja. so aku gi majlis belah kawan aku selang seminggu dkt shah alam. Majlis simple je buat doa selamat makan2 dah. Sejak dari sini aku dah nampak perangai ex-wife kawan aku ni. Masa majlis belah laki si ex wife muka masam mencuka je dengan kerabat family belah kawan aku. tegur pun tak salam pun tak. yg dia taw nak sweet 1 hari dengan ex-hubby dia.
Selang 4 bulan after kahwin nampak diorg bahagia honeymoon pun dekat london. Dalam awal ramadan mcmtu Takde tak angin takde ribut aku dapat ws daripada member2 aku kata si kawan laki aku ni dalam proses penceraian dengan bini dia (ex-wife). Tengah naik turun mahkamah. Ntah apa problem dia ntah tengok selama ni laki bini bahagia sweet je. Patut la dah lama tak upload gamba sesama rupanya hmmm. Aku pun berani la wassup kawan ni nak taw apa problem nya sampai nak bercerai. Dia pun share la Masalah rumah tangga diorg bergolak sebab mak kawan aku ni tak suka sikap menantu iaitu bekas isteri. Pemalas tak suka berkemas & takde komunikasi antara adik ipar dan ipar duai. Owh mcmtu cerita nya. Dalam bulan syawal juga tahun 2017 kawan aku ni ceraikan bini dia dengan talak satu. Nak dijadikan cerita memang sedih. Tapi Nak buat mcm mana dah di takdirkan jodoh ajal maut tu di tangan tuhan. kena terima kenyataan. Lepas diorg bercerai pun still contact tanya khabar, kiranya diorg lepas cerai pun takde la gaduh ke hapa. diorg cerai pun secara baik. cuma problem nya family mertua tak suka sikap pasangan tersebut. itu je
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAMBA CINTAMU - ALIF SATAR FT RAIHAN (LIRIK LAGU 2020)
Bismillah Ya Rab x2 Ya Rabbi Ya Rabbi Tuhanku ampunkanlah Segala dosaku Tuhanku ampunkanlah Kejahilan hamba mu.. Ku sering melangga...

-
Dulu asyik asyik mengadu Kata aku tak ada apa selagi aku bernyawa aku rasa aku berharta akal celik jiwa kental benda bukannya murah se...
-
JIKA AKU TAK LAGI ENGKAU MERINDU KATAKAN PADAKU SUNGGUH AKU MERASAKANNYA DARIMU JIKA AKU TIADA DALAM HATIMU TAK PERLU KAU BUNTU TAK USA...
-
TAJUK LAGU: HAJAT LYRICS : HAEL HUSAINI & EZRA KONG MUSIC COMPOSED : HAEL HUSAINI & EZRA KONG ALBUM :SINGLE JIKA KAU MAHU SESU...
No comments:
Post a Comment